Krew krew se Google

Pilih Entry anda

sekarang ada berapa orang sedang on9?

Anda tetamu ke

Showing posts with label Scouting. Show all posts
Showing posts with label Scouting. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Majalah Pengakap ?

Kalau Pengakap ada majalah macam best je... ada dokumentasi yang menarik... leh jadi pemes hehehe...
ni ada satu projek lama aku buat, sekadar design je...


cover majalah

Thursday, March 17, 2011

korobori Melaka 2011 thru my eyes

hi... tahukah anda apa itu korobori?
korobori merupakan satu acara di mana semua pengakap kanak-kanak berhimpun bersama dalam satu sesi perkhemahan.

kebetulan (dan dan kebetulan)
korobori nasional tahun ini tuan rumahnye adalah Melaka, jadi pergi la aku ke melaka.

dan aku rasa tak poyo kalau aku mengatakan perak merupakan kontijen paling cool pada mata aku. kerana.


  1. kontijen ke 2 teramai
  2. Tapak kem kami paling kecil tapi paling cerah dan meriah
  3. satu satunya kontijen yang buat open house
  4. satu satunya kontijen yang pasang wayang cerite hantu kak limah balik rumah
  5. satu satunya kontijen yang pemimpinnya request dan buat show kat atas pentas utama masa malam korobori 1
  6. satu-satunya kontijen yang mengikuti semua lawatan rasmi dan tambahan
  7. satu-satunya kontijen yang ada T-shirt sendiri
  8. satu satunya kontijen yang membuat persembahan 3 malam berturut-turut
  9. nama perak di sebut sebut oleh melaka semasa malam korobori
  10. meeting ad hoc di mana mana. segala kesulitan settle dalam tempoh tak sampai 10 minit
  11. satu satunya kontijen yang ada buat sesi kareoke bersama budak2 di tapak kem
  12. satu kontijen menari di atas pentas apabila semasa lawatan kebudayaan. habis hilang penari2 asal (ketika lawatan ke rumah2 asia)

tambahan : test pen sangat sensitif semasa korobori ini.

masa kem ini juge yang berlangsung selama 4 hari, aku juge berasa amat bahagia kerana gambar aku ada banyak. pertemuan aku dengan cik Lina telah memupuk bibit bibit fotografi dalam diri beliau. jangan sembang pasal detail dan framing kerana sepanjang hidup beliau, 4 hari itu merupakan kali pertama beliau memegang dslr dalam hidup beliau. aku berasa sungguh bahagia melihat telatah beliau. mcm kanak kanak dapat mainan. Malah dslr aku juga berasa amat bahagia apabila di gosok2, di lap dan di jaga rapi oleh beliau. kalau la kamera aku leh cakap, mesti die taknak dengan aku dah... die nak dgn cik lina je hahahaha. ini ada sikit gambar dari beliau dan di edit oleh aku (nak juge nama)... gambar2 lain akan muncul dari masa ke semasa.



DSC_5368-4


DSC_5926-5


DSC_5212-2


DSC_6830-7
































gambar yang bawah neh, saje je nak merasa macam mane bersanding.... bhahahaha
DSC_5284-3

Thursday, February 24, 2011

Ketenangan hutan di kala Malam.

hi, cerita ni aku post sejurus selepas kejadian.

12.30 mlm, terima sms dari sang ikan, die nak lepak tempat yang tenang, aku tanya nak lepak mane, die cakap rawang, aku berseloroh, kite panjat bukit komwenwell la mcm tu, tanpa di duga mamat ni setuju... ndekkk, gile ke dari tanjung malim ke rawang, tengah2 malam mcm neh,,,

lantas aku mencadangkan lepak di teratak river view kat area tg malim gak, nama cam best kanm tapi tempat ni kat dalam hutan, die setuju, dalam kul satu ikan sampai, lalu kite orang pun gerak la gi kat teratak river view, atas sket dari situ sebenarnye....

so berdua la aku dgn ikan lepak kat sini, tepi sungai, memang nyaman...... sejuk... heheh mcm kat england.
aku bawak mess tin, ikan bawak megi dan kopi radix.... masalahnye... bahan bakar tak ada, dah le mcm baru lepas hujan...

hehe, tapi dengan ilmu kepengakapan kami... sekejap je api nyale (ye ye kejap ye.. bukan terkapai2 cari kayu api dalam gelap tu ke)...

so kami masak ler meggi asam laksa.... dgn tidak bersudu.. bhahahhaa.....

lepas masak,  kami makan dengan menggunakan teknik sedutannn menyerupppp.... bunyi die.. memang Slurrrrrrrrrrrrrrrrrrrppp sssss... bhahaha, teguk plak kopi radix tanpa gule berbau asap, memang nikmat. hahaha

lepas tu, kami melalak lagu-lagu pengakap dalam hutan tu.... memang tenang beb, release tension..... rasa nyaman je kepala otak ni.... kami melepak sampai la dalam kul 4.30 pagi.. hujan turun rintik2... hmm... kemas barang2 calo pergi...

sebelum balik... lepak mamak kejap, minum teh o suam... hehehe lepas mata dah kuyu... mari gerak pulang, aku terus update blog neh.. steady tak?? (jam 6.32 am sekarang neh)

ni ada sket gambar dgn video sebagai bahan bukti, jgn kate aku kelentong korang plak...

kamera henpon jeee

gambar ehsan google map. hehehe

ha video pun ada.. sebarang komen mengenai kesumbangan suara adalah tidak di layan ye :D








P/S : hanya mereka yang mengetahui bau asap dan ketenangan di rimba sahaja yang akan mengerti tindakan kami.

Sunday, February 20, 2011

Promosi blog kawan2

hi, baru balik camping dari MEru, KLang... penat yang melampau. Nanti aku cerita ye, ni satu blog dari kawan aku, aku amat meminati cara penulisan beliau, terasa seolah-olah berada di dalam cerita beliau. ada masa usha usha lerrr


P/S : hehe sape tak suke, gambar aku ada banyak hehehehe




Thursday, February 10, 2011

cinta kepada pengakap. : AGM beast Rovers 2011

hai semua. kepada yang bukan pengakap, anda juga di galakkan membaca entry ini.


pengenalan : Pengakap Kelana B daerah Batang Padang Perak atau di kenali dgn nama Beastrovers.Dianggotai seramai 30 orang ahli.Ahli2 terdiri drpd Manusia yg masih meminati Pengakap dan yg ingin mengumpul ilmu Kepengakapan... (pendek je)


pengakap kelana B batang padang perak (beastrovers) akan mengadakan mesyuarat agung dan pemilihan esekutif krew untuk sesi 2011/2012, kepada rakan rakan, mereka yang bermur 18-25 tahun ke atas yang tinggal di kawasan ladang bikam membawa ke tanjong malim, anda di galakkan hadir dan menyertai kami. kerana ia sangat best.


kepada para perantau, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Politeknik Sultan Azlan SHah, sepanjang pengajian anda di sini, boleh sertai kami dan merapatkan ukhwah antara kita. semasa anda di perantauan inilah anda mencari pengalaman di luar pagar campus anda dengan aktviti yang di sediakan. anda tidak akan rugi. marilah beramai2!!!!!





P/S : pengakap sejak dari dulu
        jadi pilihan nombor satu
        biar banyak kumpulan baru
        pengakap tetap di hatiku


        marilah mari oh kawan2 ku
        tambah pengalaman tambah juga ilmu
        marilah mari oh kawan kawanku
        pengakap tetap di hatiku.


Monday, February 07, 2011

pengakap lagi, kem kembara ilmu

hi, tatkala ini sedang boringgnye menyaksikan liverpool vs chelsea.... update bloga lagi baik.
baru je balik dari kem kembara ilmu anjuran KLKM upsi. aku tag along ikut budak2 klkm PSAS. kem bertempat kat komenwell rawang... membawa ke templer park.


jumaat malam sabtu tu gerak masuk utan kat komenwell, gune trek semasa aku mengembara untuk manikayu 3b. kali ni jalan dah taw... so ok gak la... sempat gak mandi air terjun tengah2 malam tu. aku tag along dgn krew echo... seronok aku bercerita semasa perjalanan....

bertolak jam 10/11 pm... sampai ke checkpoint terakhir dalam kul 4 pagi... masak kat situ... tido kejap sampai kul 7, lepas tu gerak balik ke komenwell...

bersiap, tepat jam 9 pagi gerak ke hutan rimba templer . kalau naik kereta duk ada 5 minit je dari komenwell, jalan kaki nye pasal.. 1 jam setengah baru sampai... dgn panas terik. aku penat... jadi aku panjat last last...

die punye bukit.... bapak mencanak tinggi.. pancit aku....  punye la aku nak cari airt terjun.. aku potong sampai q depan.... pacat yang mengerumi kaki sangat lah banyak....  kebetulan aku bawak pisau lipat yg ada pengepit kat tengah tu (tak reti eja plyer) memang putus2 pacar tu aku kerja kan....

di samping itu aku juga menjadi ajk tidak rasmi pembuang pacat dan penyambut gadis2 yg cecuakan di dalam hutan.... mule mule rasa best... lama lama. rasa nak campak je budak2 neh dalam gaung... hahaha abg gurau je adik2.

sampai air terjun terus berendam dan tido.... pendek cerita... perjalanan jauh dan amat best.... heheh








aku tak bawak kamera da masa nehh.... nanti aku letak gambar dari kamera2 kecik budak2 neh kat sini (berlagak).. bhahahahha

Tuesday, February 01, 2011

Kem lencana kemahiran KLKM PSAS 2011

seminggu selepas kem virgil, budak budak ni terus mendapat peluang keemasan apabila berpeluang mencuba kemahiran dalam kem lencana kemahiran anjuran KLKM UPSI. thanks korang tolong budak2 ni dorang takde sape sape kali ni nak tolong.. harap kat korang je, thanks amard and the geng.

 kali ni dorang kena buat pioneering di samping gajet2. aku sekali lagi berasa amat kagum dan bangga dgn budak2 ni kerana hanya dgn beberapa jam mereka sudah boleh gergaji, memotong buluh dan mengikat dengan baik. cuma apa yang ketara aku nampak ialah kelemahan merancang. sehebat mana kita,kalau gagal merancang, kita gagal. pernah dengar ungkapan, fail to plan is plan to fail? aaa, tapi takpe, mereka boleh pergi jauh.

estimation/pengakan, anda mudah tangkap mcm mana nak mengagak ketinggian pokok/ kelebaran sungai dan lain2. tiada masalah rasanya .

backwood cooking.... masih lagi amat lemah. tapi tak apa. proses pembelajaran. kemahiran seperti menghidupkan api sepatutnye menjadi perkara biasa bagi kita. takkan tak pernah bakar sampah, buat bbq... lebih kurang je... perlu di ingat backwood cooking ialah makanan untuk survival... makan hanya untuk mendapatkan tenaga, bukan makan untuk kenyang terlentang. tapi kalau anda dah terer nanti, apa salahnye buat bbq dgn backwood cooking. kan kan kan. thanx to abg man dan abg anee kerana masak makanan backup untuk budak2 ni :D

kawad tongkat... antara perkara paling lucu masa kem ini. ternyata anda masih belum bersedia untuk mengetuai satu squad kawad. antara arahan yg tersembul keluar ialah

bariss baringkan tongkat
rasuk tongkat
rusuk tulang
junjung tongkat
balung tongkat
jimbet tongkat
tenangkan diri...

hahahaha, korang memang best. yg aku sgt suka dan puji, ialah korang berani kedepan mencuba. tak takut untuk melakukan kesilapan ialah satu kemahiran pembelajaran yang amat penting, kerana kita belajar dari kesilapan. dari kesilapan kita mengenal kebenaran. ahaha


kat bawah neh, ada gambar-gambar, seperti biasa aku malas nak edit... set siap siap pic control, tukar setting ke jpeg, bagi kat budak2 yg ada minat nak main kamera dan biarkan mereka shoot.




























 lagi gambar boleh di dapati di beastrovers.multiply.com





Wednesday, January 26, 2011

Malam Pengakap KLKM PSAS JAN 2011

hi, tepuk pengakap. kali ni saje je nak cerita pasal mlm pengakap masa hendel kem tempoh hari.
komen aku mengenai malam pengakap kali ni. aku suka. sebab?
jarang kita dapat lihat budak budak baru yang begitu sporting dan supportive dalam acara malam pengakap. tapi dgn budak budak ni, ianya berbeza. mereka begitu bergembira menyertai acara ini. walaupun di dalam keadaan penat dan lelah.
ok adik adik, abg nak kasi satu yell kat adik2.

bawang2 put put put
inion2 tut tut tut
bawang put
onion tut
You are very GOOD!!!


terima kasih kepada ikan kerana shoot gambar gambar neh
lagi gambar boleh usha kat
gambar gambar malam pengakap klkm PSAS 2011

P/S : siang jadi kenangan, Malam jadi impian, cintaku semakin mendalam


Friday, January 07, 2011

Beastrovers + Shark Rovers + Oscar rovers + Baginda Rovers 1st kem

 Setelah aku godek godek, archive gambar gambar, aku terjumpa satu album neh, tersenyum keseorangan aku ketika ini, ini merupakan kem joint venture aku dgn kelana kelana yang hebat. gabungan 2 kelana daerah dan 2 KLKM menjadikan kem ini sangat menarik dan penuh dgn kenangan manis dan masam. kena pulak kawasan kem yang sangat sejuk, hampir-hampir nak sampai puncak freaser hill.28-30 disember 2007 merupakan tarikh di mana kenangan dan tawa yang tidak boleh aku lupa.

masa kem ni jugak, kite orang buat jambatan merentasi sungai, memang terbaik la jambatan neh, boleh naik dekat 10 orang dalam satu masa. siapa berani buat lagi baik dari neh, sila la

aku ingat lagi abg belon buat tarian CIku ciku ciku cikuci lengaleng, put taput, kecepik kecepak kecepuk, lengaleng, put taput.... aku rasa aku hampir mati ketawa dgn aksi neh, pada malam tu juga, antara unggun api paling besar yg pernah aku buat. tatkala hujan gerimis melanda, malam pengakap tetap menjadi. best dowww...
aku suka kem yang mcm ni, di mana semua orang taw buat bahagian masing2....

cakap banyak tak gune, ni gambar2 die...

di manakah mereka semua ni sekarang








ejai, jeli, pian, ayie

ye, yg botak tengah pacak tiang tu ialah ikan, 





aku ingat lagi dua orang yg ketwa neh, kun kun and ana









otai kelana laut dari manjung, WAN manjung!!!


pak wan, pengerusi KLKM UPSI 2007

p/s : lagi gambar leh tgk kat sini Beastrovers site