Krew krew se Google

Pilih Entry anda

sekarang ada berapa orang sedang on9?

Anda tetamu ke

Thursday, March 03, 2011

sesi menjerit di studio

hi, entry kali ni nak cerita mcm mana cara aku me release tension. aku lepaskan tension dgn cara yang sihat. heheh aku tak de la duk mengisap, ke merempit ke... aku kalau release tension, aku menjerit kat studio.

ni ada satu video masa tu baru balik camping... dgn penatnye aku terus gi jamming. masa tu aku aku main gitar dgn member aku die main drum. 2 alat tu je. lain takde... budak2 yg follow tak reti nak main ape ape instrument. tapi aku tak kisah. bubuh je, kasi hancur itu lagi bhahaha. 


lepas jamming, badan pun sihat. berpeluh. kira bersukan lerr,,,, aku memang suke jamming walaupun aku men alat muzik bunyi nye sumbang mcm haram. tapi ape aku kisah... asalkan aku tak menggangu ketenteraman insan lain kecuali yang ada dalam studio sekali dgn aku, hehehe

ini ada buktinye yeee. video agak tak best... bhaha tapi janji ada bunyii.





IKLAN KEJAP HEHEHE





dan ini ada lagi




acam? ada gundah gulana tak???

P/S: errr bhahahaa

Wednesday, March 02, 2011

Dinner with YB di garden SeaFood

Hi... entry kali ni bukan lah nak sembang pasal politik, nak cerita pasal makan sebenarnye. aku dapat invite dinner bersama YB dato Seri Parlimen Tg. Malim. dorang invite aku atas tiket Ahli Majlis Belia. so aku pun pergi le ke restoran yang di beri nama garden seafood. restoran yang ala2 style gitu.

bile dah sampai aku terus ambik port aku... mule mule nak acting as photojournalist... tapi bile dah ada makanan depan mata. bhahaha.. cancel la amek gambar... duduk je..... snap2 atas meja. first dorang hidang benda yang makan amsa tahun baru cina tu. yg ada gaul2 tu..... ada banyak sayur dalam tu... rasa die agak aneh. heheh. sebab YB ni org cina, nak jumpepun susah, kira sambut tahun baru cina lerr. janji makanan.

iklan jap ngeh ngeh ngeh






menu utama ada nasi, daging rusa masak kicap, ada ubi gorng (sedap) ada sotong goreng tepung, ikan bersaiz gergasi... sayur dan mcm2 lagi. masa ni aku tak nampak dah kamera aku kat mana. bhahahahahha. nasib baik la meja aku tak sekali dengan YB. aku leceh la nak berprotokol2 neh. bukan tak reti... pakaian aku sendiri pun dah tak protokol.

pencuci mulut, buah buahan tempatan. hehehehe. Restoran ni sesuai la kalau nak buat meetingke sambutan ke.. tapi duit dalam poket pun kena sesuai jugak la kan hehehe. ok. tu saje entry kali ni. patah tumbuh hilang berganti. sok lusa jumpa lagi. bhahahaha

ini gambar/foto/imej/keratan rentas. ehe.. ini dia


DSC_3461-2

DSC_3516-2

DSC_3534-2

DSC_3549-2


P/S :makan free memang sedap.. :D


Tuesday, March 01, 2011

cerita unsur personafikasi yang simile, kambing yang tersepit di tetap di selamatkan.

meaw



   pada suatu hari, ada seekor anak kambing yang tersepit di celahan pagar. beliau meronta ronta. rontaan beliau di dengari ahmad, seorang budak lelaki yang sangat perihatin. maka ahmad pun menghampiri anak kambing itu, sedang ahmad menghampiri anak kambing itu, tiba tiba pakcik menjual aiskrim tiba dgn terjerit2 aiskrim2. maka ahmad singgah dahulu kat pakcik aiskrim tu.

pakcik aiskrim tu tiba dari jalan belakang di mana dia hampir terbabas kerana brek motosikalnya yang tidak berfungsi.

   brek motosikal pakcik aiskrim di perbuat daripada bahan yang tidak kukuh kerana bahan ini mudah di dapati dan harganya lebih murah daripada bahan yang berkualiti tinggi.

   kadang kadang brek yang berkualiti tinggi hanya di jual di pasaraya2 terkemuka seperti tesco dan TF. ia susah di dapati di kedai2 murahan seperti "pasaraya murahan kg hilir."

   kg hilir merupakan kampung yang harmoni penduduknye, dengan jumlah keluarga 100 keluarga, kampung hilir mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara jiran tetangga mereka. kebanyakan aktiviti kg hilir di bincang di balai raya kmpung tersebut yang terletak di tepi sungai.

   balai raya yang cantik ini pernah menjadi kubu kuat orang melayu semasa zaman komunis melanda satu ketika dahulu. komunis yang menyerang balai raya ini bukannya semua nak serang sangat, tapi sebab dapat arahan dari pihak atasan, tu yang mereka serang jugak tu.

   akhirnya mereka kalah, dan tidak mampu melawan kehebatan penduduk kg hilir yg juga secara kebetulan penduduk malaysia.

   kehebatan penduduk malaysia yang bekerja sebagai pemain bola sepak negara ternyata jelas apabila berjaya menundukkan indonesia dalam final piala suzuki.






iklan kejap







di samping menaja perlawanan bola sepak, suzuki juga merupakan jenama moto yang di naiki oleh pakcik aiskrim yg hampir terbabas tadi, tapi di sebabkan kemahiran beliau mengawal motosikalnye, dapat juga beliau meloloskan diri dan berjaya menjual sebatang aiskrim pop kepada ahmad.

   maka ahmad terus menyelamatkan kambing itu setelah meneguk aiskrim pong yang sangat enak itu.

P/S : ketahuilah, walaupun aku sering melalut dan merepek, aku tetap akan membantu mu kerana seperti cerita di atas, biarpun cerita jauh ke bulan. asalkan kamu bahagia dan ceria. awwwwww.

bile storage blogger dah penuh...

hi, hari ni aku nak kongsi satu cerita. aku rasa pada mereka yang dah otai dan dah 2 abad main blog ni, tak yah la nak perli2 ea, ni aku nak kongsi dgn kawan2 yang mana tak taw lagi. yang dah taw leh tolong betulkan yang mana yang tak taw.

blogger yang lebih kepada photography mcm aku neh, kebiasaannye menggunakan ruangan storage yang besar, tambah2 lagi kalau gune Digital SLR aka kamera besar berat mahal dan shomell. kerana pentingkan kualiti gambar, maka kapasiti pada tiap tiap satu gambar juge besar. Malangnye blogger di blogspot neh die bagi 1gb ke kapasiti... nak lebih2 sile bayo... kalau taknak bayo... buat sendiri.

mcm haram

nasib baik le memang ada care nak buat sendiri. upload gambo neh kat mana mana website yg memang untuk gambo mcm FLickrbakul foto (photobucket)fotopages dan mcm2 lagi. lepas tu korang leh copy link, atau copy die punye HTML (kalau copy html, lagi banyak pilihan kite leh buat,  cth nye ejuz saiz kasi besar sket), lepas tu paste kat bahagian edit html masa  buat post baru tuu.





mcm aku aku buat gune Flickr.. sebab dari 3 website yang aku letak kat ats tu, aku ingat password Flickr je, bhahaha... ok mcm ni cara die.....

ini simple tutorial die

bukak website  FLickr (kelik je ayat tu). kalau ada akaun yahoo, sign up je... gune google dgn fb pun buleh taww, magikk... kalau tak leh, sign up je la akaun baru.. bukan susa pun..

flickr sign in



lepas tu cari la butang upload, lepas tu upload lee.... flickr ni best sebab die leh upload yg high res, tanpa sebarang quality loss... lebih kurang 300mb sebulan. kalau dah penuh, buat lain bulan depan.

flickr upload

lepas upload gambar leh share, ikut arahan gamba di bawah.

flickr share


lepas tu paste kat edit HTML mcm neh...

html code paste


lepas dah paste, leh preview, dah selesa, publish la post tu...

hasil nye ialah entry ini.. aaa lihat la mcm mana, ok kan? selamat mencube geng

P/S : ilmu mana yang ada, kite kongsi kongsi, simpan sorang2 pun tak gune... sharing is caring :D






Kolam air panas dan sejuk

sedang edit2 gambar... dapat text pergi kolam.... mcm biasa dorang akan tanggung aku. hehehe
setat moto, (moto je) gerak.... sampai dalam kul 3 ptg. mule mule pergi kat tempat kolam air sejuk, terjun....

lepas tu gi kolam air panas.... dan celup kaki je.... panas... tak tahan......

gi kolam air sejuk balik..... mandi-mandi... rasa nak gerak balik... tibe tibe hujan...

rasanye mcm boleh je masuk kolam air panas time hujan2 neh...

ok.... tak sampai 3 minit dah melompat keluar.... tak tahan.. panas... kolam air panas berasap2 kena air hujan yang sejuk.....

hari isnin, tempat ni tak ada orang... kalau hari minggu, sampai jadi tak panas air kolam neh... betapa ramainye manusia yang berendam.....

ada tempat rebus telur...., ada tempat refleksologi kaki (ala yg pijak batu ada timbul2 banyak tu)






sotong besar dah takde kat sini.

cube teka di mana saya berada? hehehe teka teki ghupenyeeee

ini ada sikit gambar ye... lens tele rosak,, takde mood nak skodeng2 gune 18-55 je



hot spring sungai klah



jenjalan di hot spring



bunge di hotspring


P/S : tak banyak yang berubah kat tempat ni, kecuali harga tiket yang semakin melambung tinggi