hi, tepuk pengakap. kali ni saje je nak cerita pasal mlm pengakap masa hendel kem tempoh hari.
komen aku mengenai malam pengakap kali ni. aku suka. sebab?
jarang kita dapat lihat budak budak baru yang begitu sporting dan supportive dalam acara malam pengakap. tapi dgn budak budak ni, ianya berbeza. mereka begitu bergembira menyertai acara ini. walaupun di dalam keadaan penat dan lelah.
ok adik adik, abg nak kasi satu yell kat adik2.
hi, ni saje nak show off wedding collection sepanjang 2010 . gambar2 neh ada yg aku dah retouch dan ada yang tidak. kalau retouch pun, aku akan cube sedaya upaya upkan seri kecantikan dan kehenseman pengantin... bhahaha ok ok, kebanyakan daripada gambar-gambar ni datang dari kamera aku sendiri (nampak sangat suke gune kamera orang lain) dan ternyata memang aku yg snap. aku rasa dapat merasakan kebahagiaan yang terpancar ada wajah setiap pasangan ini. kebahagiaan mereka seharusnya berkekalan sehingga anak cucu hendaknya.
hi, kali ni aku nak cerita tentang satu ilmu yang aku pelajari. ketika cuba menceburi dalam bidang video yg FULL HD (high Definition), rupanya baru aku sedar, memang ia memerlukan perbelanjaan yang sangat besar untuk melakukannya.
untuk rendering dan encoding video Full HD, kita memerlukan komputer yang RAM minimum 6gb, processor 4x (core) ke atas..... skreen monitor yang besar (30-30 inci) benda benda tu sume main peranan.
aku tanpa membuat kajian lantas terus merekod video secara full HD, dgn video selama 6 minit, komputer aku 4 kali hang, program adobe premiere pro aku 3 kali crash, dan aku terpaksa buat benda yang sama 3 kali, waktu encoding video memakan masa 1 jam lebih dgn 3 kali crash.......
akhirnya video ini aku pendekan (di mana aku sangat tak suka), rendahkan kuaaliti dan terdapat banyak minor fault di mana aku tak boleh nak kesan dekat saiz skreen komputer yang tak berapa nak besar.
untuk gambaran anda aku letak kan sekali spec komputer aku
amd athlon x2 64 5200+
2gb 800kvr
gigabyte nye mobo (model tak ingat)
zotac 9500gt 512mb dd33
lain2 tak ingat....
apa apapun, ini merupakan satu ilmu baru kepada aku, supaya lain kali aku lebih bersedia sebelum membuat apa-apa perkara.
Adobe Premiere Pro CS4
ok kat sini aku nak share dengan korang antara video yang dah "siap"
P/S : dua ari mengadap komputer, belajar editing dgn youtube. heheheh
hai, kali ni aku nak cerita pasal event sukan ekstrem yang aku stat join awal tahun ni. ternyata mengambil gambar ekstrem memang sukar.
seperti fotografi sukan2 lain, kita mesti tahu dan master tentang game tersebut sebelum kita mengambil gambar2 itu.
cara terbaik untuk mengambil gambar sukan, ialah kita pilih satu posisi, dan biar moment tu datang kat kita. cuma dalam sukan ekstreem ni, posisi yang nak di ambil hehehe, sangat lah sukar.
kamera yang aku gunakan tidak cukup laju untuk merakam aksi2 pantas sukan ekstrem. sukan ekstreem sangat cantik kalau kita dapat snap reaksi wajah orang yang sedang beraksi. dgn tahap ketajaman gambar yang tinggi. tapi sekurang kurangnya aku mencuba.
sukan water rafting ni aku follow team yang based kat KKB. laluan mereka antara selepas empangan sampai la ke ampang pecah. aku terpaksa menuruni gaung sedalam 200-300 meter (lebih kurang tinggi banggunan 10 tinggkat) untuk mendapatkan aksi yang di ingini.
kira gambar aksi la ni
bersama sama-sama aku ialah cikgu zul a.k.a sifu, abg hamdi, kudyen dan haris. bawah ni ada gambar yang aku amik. aku tak edit pun gambar2 ni....
hanyut untuk latihan water confident
abg hamdi, haris dan si kudyen jalang
ketua instructor
200mm zoom dari atas jejantas setinggi 200-300m
aksi di celahan batu
aksi kami yang menuruni curam
tenang sebelum gelora
aksi bermula
yee haaa
Kudyen bersama cikzu zul aka sifu outdoor
P/S : Seluar yang aku pakai koyak semasa menuruni bukit neh.... koyak lagi seluar.
gambar2 ni pada mata aku tak menjadi. apa pendapatan anda??????
hi semua, hik hik hik, kisah kali ini. aku kena buat satu video shoot mengenai berita. kali ni team aku hanya dua orang. tak kisah la, janjey kerja jalan dan siap. selepas shoot video di lapangan (tempat kejadian di mana aku akan post kemudian), aku nak shoot scene di bilik berita. jadi aku akan letakkan seorang pembaca berita di hadapan green screen dan rekod videonye. masa post-process nanti, green screen tu aku akan gantikan la dengan ape saje yg aku suke, gambar aku ke, video ape ape.
masa nak booking studio ni pun kelakar juge. kerana tidak menumpukan perhatian kat tatcara membooking studio, aku dgn kondifennye book studio tanpa kamera..... grrr, ghupenye studio book lain, kamera book lain. mungkin itu cara fakulti menjaga harta benda mereka. tapi takpe. kawan2 ramai, jadi aku bergegas meminjam kamera member aku, nasib baik die bagi pinjam. so aku gune la kamera beliau untuk shoot video. oleh kerana nikon D90 tak ada ext jack untuk mic dan video nye hanya 720 p, ia dah memadai untuk menghasilkan scene di bilik berita.
so ini ada sikit gambar aku sedang menyeting scene neh..... thanx to MR. K kerana snap gambar2 neh. :D
menulis skrip
lihat encik director nehh
re-write skrip balek
gamba report
P/S : 1) gambar neh sume shoot Jpeg... jadi kualiti die tak berapa nak cun (alasan je neh)
2) hmm..... siapa reti edit video sila ajar saya plsssss