Krew krew se Google

Pilih Entry anda

sekarang ada berapa orang sedang on9?

Anda tetamu ke

Monday, February 28, 2011

Nature

hi... entry kali ni aku nak cite pasal gambo... ada ari tu aku gi kem, masa kat kem tu ada sorang member aku ni die bawak 500D, so aku dgn wajah tak malunye rampas itu canon dan stat mengeshoot.. dslr aku, aku bagi sama encik sang IKAN, untuk die main. tak taw ape die buat.. aku tgk balik... gambo gambo die ada cerita dan idea. memang semat. ada bakat terpendam. cume dari segi fokus, framming, benda benda tu leh belajar kemudian. ape yg aku nak bagi taw kat sini, seni tu... aku tak taw ape itu seni cera mendalam dan detail. yang aku rasa dan buat buat tau ialah, bile kite tgk gamba tuu, kite suke kat gamba tu... lain lain hal belakang cerita. comprende???

ini hasil tangan sang ikan gune d3000 dgn kit 18-55, dgn lens kit yg sangat limited ini, hasil die masih lagi wow dan sangat menarik. editing oleh aku. exif letak sekali ni haa...




f/5.6Exp. time 1/160 sec.iso - 1600F/L- 55mm

f/6.3Exp. time 1/160 sec.iso - 1600F/L- 55mm

f/6.3Exp. time 1/160 sec.iso - 1600F/L- 55mm

f/5.6Exp. time 1/125 sec.iso - 1600F/L- 55mm
P/S : sampai dry bateri 500D aku kerja kan. hehehehe

Thursday, February 24, 2011

Ketenangan hutan di kala Malam.

hi, cerita ni aku post sejurus selepas kejadian.

12.30 mlm, terima sms dari sang ikan, die nak lepak tempat yang tenang, aku tanya nak lepak mane, die cakap rawang, aku berseloroh, kite panjat bukit komwenwell la mcm tu, tanpa di duga mamat ni setuju... ndekkk, gile ke dari tanjung malim ke rawang, tengah2 malam mcm neh,,,

lantas aku mencadangkan lepak di teratak river view kat area tg malim gak, nama cam best kanm tapi tempat ni kat dalam hutan, die setuju, dalam kul satu ikan sampai, lalu kite orang pun gerak la gi kat teratak river view, atas sket dari situ sebenarnye....

so berdua la aku dgn ikan lepak kat sini, tepi sungai, memang nyaman...... sejuk... heheh mcm kat england.
aku bawak mess tin, ikan bawak megi dan kopi radix.... masalahnye... bahan bakar tak ada, dah le mcm baru lepas hujan...

hehe, tapi dengan ilmu kepengakapan kami... sekejap je api nyale (ye ye kejap ye.. bukan terkapai2 cari kayu api dalam gelap tu ke)...

so kami masak ler meggi asam laksa.... dgn tidak bersudu.. bhahahhaa.....

lepas masak,  kami makan dengan menggunakan teknik sedutannn menyerupppp.... bunyi die.. memang Slurrrrrrrrrrrrrrrrrrrppp sssss... bhahaha, teguk plak kopi radix tanpa gule berbau asap, memang nikmat. hahaha

lepas tu, kami melalak lagu-lagu pengakap dalam hutan tu.... memang tenang beb, release tension..... rasa nyaman je kepala otak ni.... kami melepak sampai la dalam kul 4.30 pagi.. hujan turun rintik2... hmm... kemas barang2 calo pergi...

sebelum balik... lepak mamak kejap, minum teh o suam... hehehe lepas mata dah kuyu... mari gerak pulang, aku terus update blog neh.. steady tak?? (jam 6.32 am sekarang neh)

ni ada sket gambar dgn video sebagai bahan bukti, jgn kate aku kelentong korang plak...

kamera henpon jeee

gambar ehsan google map. hehehe

ha video pun ada.. sebarang komen mengenai kesumbangan suara adalah tidak di layan ye :D








P/S : hanya mereka yang mengetahui bau asap dan ketenangan di rimba sahaja yang akan mengerti tindakan kami.

Sunday, February 20, 2011

Promosi blog kawan2

hi, baru balik camping dari MEru, KLang... penat yang melampau. Nanti aku cerita ye, ni satu blog dari kawan aku, aku amat meminati cara penulisan beliau, terasa seolah-olah berada di dalam cerita beliau. ada masa usha usha lerrr


P/S : hehe sape tak suke, gambar aku ada banyak hehehehe




Thursday, February 17, 2011

kek hari jadi ke, ramuan kek hari jadi???

setiap tibanye hari jadi kawan kawan kita, kita pasti akan sambut, aku cadangkan korang buat la poster sebgai menyambut hari jadi kawan kawan neh, hari jadi di zaman remaja tak lengkap kalau tak ada kek, jadi
hari ini pakcik nak ajar cecara membuat kek hari jadi.
bahan-bahannye



  1. Tepung gandum
  2. telur ayam
  3. Budu
  4. cable tie
  5. seletip (pita pelekat laa)
  6.  air bersih
  7. kain dan surat khabar
  8. gunting
  9. first aid
  10. kamera 
  11. pelakon2
cara cara untuk membuat




  • letakkan seorang pelakon utama berdekatan si mangsa, pastikan pelakon utama sentiasa berhubung dgn staff2 di sebalik tabir
  • campurkan budu kedalam botol air  bersih agar tidak keruan. (budu juga boleh di ganti dgn ape ape jua bahan yang tidak bertoksik dan radioaktif)
  • pastikan staff di sebalik tabir menunggu dengan senyap dan sunyi.
  • apabila si mangsa sudah masuk perangkap semua terjun ke atas mangsa dan mengikat tangan dan kaki mereka dengan cable tie atau seletip

  • seletip mulut mangsa agar mangsa tidak sempat meminta tolong
  • buangkan barang barang seperti enpon, ipad, seluar (jika perlu)
  • pecahkan telur di kepala mangsa terdahulu, di ikuti dgn bahagian belakang. (jangan pecahkan telur di dalam baju)
  • taburkan tepung di atas kepala mangsa sambil menyanyikan lagu hari jadi
  • jika mangsa cuba melawan, dan mengugut , siramkan air budu supaya mangsa pasrah dan akur dengan situasi.
  • setelah semua bahan sudah selesai, pastikan semua staff bersedia untuk berlari.
  • gunting segala ikatan pada bahan mangsa dan permainan kejar mengejar bermula
  • sediakan first aid berdekatan mangsa supaya mudah di gunakan mangsa jika terjadi sebarang masalah
  • dilarang sama sekali menyentuh kameraman.
  • setelah selesai bersihkan badan dgn kain
  • lapik kenderaan dgn surat khabar

  • pergi ke sungai, laut, untuk bersihkan diri.
  • sesi memberi hadiah (jika perlu) di sungai, laut
seperti biasa, mangsa tidak akan sedar akan kejadian ini, kerana selalunya perkara ini akan terjadi dalam tempoh seminggu, malah ada jugak yang akan kena dalam tempoh 2 bulan lebih awal.



P/S : Pastikan tiada seorang pun yang selamat.


Karangan Baik dari http://lawakjenaka.com

sekadar gambar hiasan

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat
suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu
dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu
saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan
sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi
saya tidak mahu.


Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah
saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer
kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak
sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari
arah belakang.


Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia
menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori
tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak
saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.
Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah
feri. Feri itu terbelah dua.


Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu
feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire
pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori
itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak
saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri
yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.


Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri
semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori
sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia
menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia
menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan
kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.
Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik
ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg
tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang
putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun
sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri
itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.
Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang
telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia
menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan
semuanya mati.


Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih
ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu
kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran
yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya
terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di
rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah
saya lihat sebelum saya mati.