Krew krew se Google

Pilih Entry anda

sekarang ada berapa orang sedang on9?

Anda tetamu ke

Tuesday, August 24, 2010

Aktiviti Berpersatuan di Bulan Ramadhan,

tuan asc kelana menyambut kehadiran kami
uheyyy... Assalamualaikum.
sememangnye bulan puasa ni mengajar kita erti kesabaran dan pengorbanan yang tinggi. kat sini aku nak fokus kan dari segi berpersatuan. Aku mengalami satu hari yang memeritkan kerana terpaksa pergi mesyuarat di ipoh pada satu hari yang terik di bulan puasa. Mesyuarat ini membincangkan hala tuju pengakap kelana di negeri perak. Dalam masa yang sama aku juga di jemput untuk majlis berbuka puasa di politeknik sultan azlan shah. jadi terpaksa pandai pandai la membahagi masa. hehee.

perhatikan yang berbaju pink tu terkejut

cerita die mcm ni, malam sebelum meeting, aku dgn kawan aku jumpe budak budak PSAS ni, (budak pengakap politeknik) berbincang mengenai menu untuk majlis berbuka. kebetulan member aku ni mentor besar bagi budak budak KLKM PSAS. sembang punye sembang, jam dah 5.30 pagi. jap lagi pagi pagi dah nak kena turun poli pantau budak budak ni bekerja.

meeting kat ipoh ada dua, sesi pagi untuk yang berjawatan di daerah dan sesi petang untuk ahli kelana. aku memilih untuk hadir ke mesyurat sesi petang, kerana yang hadir pada sesi pagi ni semuanya hebat hebat belaka, jadi tidak perlulah untuk aku yg baru belajar ni menyemak kan diri.

jadi aku bersama lagi 4 orang rakan bertolak dari poli ke ipoh lebih kurang jam 11.30 pagi. bajet nak bawak slow-slow la, mata pun ngantok, aku pun pandai, 3 orang gadis yang aku bawak ni, sorang pun tak buleh drive, member aku pulak lena tido.... maka bersengkang mata aku drive sampai ke ipoh
krew kelana negeri yang hadir
sampai dalam lebih kurang pukul satu, buleh la rehat kejap. meeting pukul dua. Aleh aleh sesi pagi ni meeting lajak sampai ke pukul 3. uh dia punya azab nak menunggu tu.. pergghhh.. tuhan jelah yang tahu, dgn aku ni mulut tak henti henti bercakap.

tekak dah kering, perut dah lapar padu dah nie.. tahan jela... meeting tu habes dalam kul 5.00, aku dah bajet tak sempat nak sampai ke poli ni, jadi singgah la kejap kat bazar beli juadah berbuka emergency, mana la taw kut kut tak sempat. masa otw nak balek, member aku ni drive... aku dah tak larat padu dah nie.. perut dah bunyi2 padu. nasib baik la anak dara 3 orang ni duk menghalang aku dari berbuka awal ahahahahaha.
3 orang gadis yang aku bawa (king scout 3 3 nie)

kat trafic light menengok cina makan ayam aduhhh, ingatkan aku sorang je yg gile lpar, aleh aleh satu kereta pandang cina tu ahahaha, sekali kantoi da cina tu perasan ahahah nasib baik lampu dah hijau. balik tu member aku speed, ni kena saman habes ni. dekat dekat nak raya ni kan, penat aku menegurnye, "pian, satu dua dah tu, slow sket" ahahah...

singgah di bazar membeli juadah berbuka



Alhamdullillah, sempat gak sampai kat poli. lebih kurang pukul 7.10, malam tu kami berbuka dengan budak budak poli. tgk batch2 junior lawa lawa gak. ahaha terubat perut yg lapar. ni. padai dorang cari budak budak baru.
hamboi sukenye die

kesimpulannya kat sini, bila dah semangat dengan persatuan, apapun kita boleh buat. jangan la buat alasan yang remeh temeh dan mengada-ngada. kerana kita bekerja untuk kemajuan belia belia kita juga. kita bekerja untuk menjadikan kehidupan belia ini lebih menarik dan boleh di kenang sampai bila bila. Bulan Ramadhan tidak menghalang untuk aktif berpersatuan.
majlis berbuka puasa berama KLKM PSAS













oh ya, masa meeting itu, seorang gadis comel molek yg aku bawak, di lantik menjadi helwani kelana negeri perak. tahniah ruqayyah semoga tugas yang di beri anda akan pikul dgn sebaik mungkin. tahniah sekali lagi.
gadis comel ini di lantik menjadi helwani kelana negeri



bersama sama krew KLKM PSAS
http://beastrovers.multiply.com







































2 comments:

hipotesis