Krew krew se Google

Pilih Entry anda

sekarang ada berapa orang sedang on9?

Anda tetamu ke

Sunday, August 15, 2010

kehidupan aku dan Pengakap feat kesalahan ejaan dan tatabahasa yang sangat teruk



  Berpaut kepada cogan kata pengakap muda, buat sehabis baik (masa zaman sekolah dulu) aku akan memastikan setiap perkara yang aku buat adalah yang terbaik dan yang termampu bagi diri aku sendiri, kerana, apa apa yang kita buat di atas muka bumi ini bukan atas dasar boleh atau tidak, tetapi atas dasar nak atau taknak. kalau nak jadi. Maka aku mula menyelami dunia keremajaan aku sehabis dalam. Aku akan mencuba setiap perkara yang baru dan di fikirkan menarik bagi aku. ini adalah karangan aku yang pertama semenjak aku habes STPM dulu....



aku atas gajet
      Tidak mahu fokus ke dalam satu satu perkara, aku memilih untuk mempelbagaikan-cara dalam kehidupan aku semenjak di bangku sekolah lagi. Kehidupan yang unik dan sentiasa ceria adalah keinginan aku. Tidak Fokus kepada bermain kamera, aku juga bermain muzik, menggemari aktiviti outdoor seperti berkhemah, berpersatuan,  traveling dan macam-macam. meminati bidang teknologi semenjak kecil, aku juga menerokai dunia IT dengan cara aku yang tersendiri, mendalami ilmu pertahanan diri dan beberapa perkara yang aku sendiri tidak banggakannya. pointnya di sini, i have live my life so far... (entah betul entah tidak ayat aku nie)

     Sejak dari kecil aku mula meminati ilmu mempertahankan diri, kebetulan pakcik aku sendiri ialah gurulatih bagi Silat gayong pusaka, sedikit sebanyak aku mempelajari ilmu ini. Setelah cukup matang (matang ke??)  aku menyertai Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia PSSGM dan bergiat aktif dalam bidang ini, tumbuk sana, tumbuk sini, tendang sana tendang sini, pergi rumah pengasas gayong, mcm mcm la, tapi hati tak tenang, pasal asyik memikir nak belasah orang je.. pantang ada orang usik.. kira dah mcm gengster la aku ni hahahaha ,tapi tu lah aku mengikut je, benda ni betul, aku yang tak betul....aku teruskan silat ni sehinggalah aku terjumpa dengan satu perkara yang bagi aku satu kesempurnaan untuk mengalaminya. Apakah itu??? it is a Boy Scouts atau nama melayunya, Pengakap. jangan tanya dari mana wujudnya perkataan pengakap ituuuu.
bersama-sama dengan klkm PSAS

Asia Pacific Region Conferences
gambar lama semasa sekolah
   Mula mendapat peluang untuk berpengakap semasa di sekolah menengah, tau la kan sistem koko sekolah rendah, cikgu yang tetapkan kamu masuk kelab ni, kelab tu. Join scout ni telah mengubah diri aku hampir 100%, daripada seorang yang sombong, kerek, kepada mesra pengguna sampai la ke ari ni. infact networking aku membesar berganda ganda dengan pengakap. Aku bermula dari bawah. tapi perangai aku ni tak suka keluarkan duit. bukan kedekut, tapi memang takde duit hahahaha.. jadi aku ikut la program pengakap dengan t-shirt putih dan skaf buatan sendiri. sampai hari ni ada lagi skaf tu tawww (gedik di internet silakan hahahah). Masa di tingkatan 4, (banyak yang aku skip pasal pengakap ni), sekolah nak antar troop kami ke pentarafan pengakap raja (King Scouts), masa tu baru sibuk nak beli uniform, lencana, ape semua, baru nak gi cari balik sijil2 lama. masa tu nasib baik la cikgu sorang ni die Penolong pesuruhjaya daerah pasal sijil. maka senang la kerja aku.. makashehhh cikgu (sekali lagi menjadi gedik di internet). maka berkampunglah kami beramai. Memandangkan aku dah tua ni baru nak ikut silibus pelajaran pengakap, maka cikgu pengakap yang garang ni, nama dia Ckgu Megat telah menamakan patrol aku patrol Maghrib Senja.. ye la, dah maghrib.. dah senja baru nak ikut skim lencana. seronok punya pasal, takpe la ikut jugak la... pergi ke kursus ketua patrol negeri. masa tu jumpe orang pengakap mcm2 kat baju dia, ada gantung tu ada gantung ni, ada lekat macam2 lencana., ikut kem pra mengembara. (sekarang ujian ni nama die ujian sikap).

 untuk nak ready gi ke pentarafan pengakap raja. kena ikut kem mengembara ni, kat sini la dia tapis mana pengakap yang layak. bayangkan 17 buku log aku dah buat. semua tebal2, simpulan, ikatan pejam mata dah boleh buat. keluar masuk hutan, potong buluh, pokok pisang. berminggu minggu berlatih buat pondok semata-mata nak gi kem ni. last last minit, hari nak pergi kem... mak aku tgk aku dah mcm orang gila, die dengan senang hatinya tak bagi aku pergi.... terima kasi umi.. sekarang aku menyesall..... akibat stress tak dapat gi kem mengembara ni. aku jadi tak minat nak buat ape ape dah.. aku drop jawatan ajk kelab it, aku drop jawatan ketua asrama, aku drop jawatan pengawas.. (tamak jugak aku ni ye, semua jawatan aku nak sapu).. semua la aku drop... belajar pun aku dropp... putus cinta pun tak mcm ni ooooooOOOOO...., aku dah tawar hati (bajet sedih, tapi memang sedih oooo). member siap datang umah pujuk aku.... ape kan daya, anak yang soleh (masa zaman tu laaaa).
mengibas unggun api

   Habis Sekolah aku sambung belajar kat utara malaysia, masa tu mcm baru nak bebas.. huu masa kat sana la yang aku jadi setan ni.. hahahha cerita banyak tak bolehhh. belajar tak kemanapun. tapi masa ni tengah gila main Band, Futsal, dengan Moto.. padahal 3 3 benda ni sepatah haram pun aku tak reti... Main band.. huh seminggu 4 5 kali jamming.. aku main bass masa tu... duk main main main, duit habes kat situ je.. makan idak ape idak... sampai sempat la rekod satu demo album.. hehe, pemikiran masa tu huh... lepas tu main futsal.. aku ni mcm di kurniakan tangan yang laju.. jadi jadi lah aku penjaga gol sepenuh masa, wajib turun bila ada game (nak kata terer la ni hahahaha), ada tournament je masuk. menang tak jugak, kalau friendly tu huh, mcm tak pernah kalah je hahaha. yg ni aku tak bangga sangat. main moto nie... pasal moto aku tau isi minyak dengan isi angin tayar je. sampai la ke ari ni..., duk ikut orang merempit sana merempit sini. pernah ada satu kes ni, rumah sewa kami kena serbu polis. haha, punya la takut aku lari, takde la lari. menunggang moto la, sampai ke penang.... cuak beb......, moto masuk balai la... aduh mcm mcm.... last last aku mcm ada kesedaran, aku berhenti semua ni.. belajar pun aku berhenti, balik ke kampung halaman...



pesta malam pengakap




Termenung di pagar rumah, kerana di masukkan semula ke sekolah.. setelah setahun lebih bebas... memang takde minat langsung nak belajar.. jadi aku cari balik ape yang pernah aku seronok buat dulu, yaaaa ape kah benda itu?? benda  itu adalah pengakap. aku join pengakap kelana pulak. punya la aku gile dengan pengakap kelana ni, tiap tiap minggu aku turun kem pengakap ni. member aku bukak pengakap kat poli, ke poli aku join, ke pengakap upsi aku join, malah nama krew pengakap kelana kat tempat aku ni, aku yang bagi nama. bangga, blog die aku mantain sampala ke ari ni. pasal gila babi keminatan aku dalam pengakap ni, aku dapat peluang gi program antarabangsa, eh asia pasifik. event ni ada clash dengan trial stpm aku. teka aku pilih mana.. hahahah mestilah aku pilih pengakap beb!!!!! pengakap sampai ke mati.... , lepas tu daerah nampak kegilaan aku, dorang serapkan aku ke dalam majlis belia, untuk gantikan cikgu ni yang dah cukup umur 40 tahun, sekarang pecah dua pulak, pengakap pengakap, majlis belia, belia pulak. Tamak punya pasal, dua dua aku tak lepas.
dengan join belia ni, bertambah luas la aku punye link.... besar beb, satu perak. gi mana mana, calling je.. no problemss... program belia ni aku tak berapa nak cerita sangat, pasal aku rasa pengakap lagi gila babi best, tapi dengan belia, layanan die mewah la, ahli majlis la katakan hahahaha. tapi hati masih lagi dengan pengakap.



berlatih lagu 

 



Habes je Stpm, result cukup2 makan, je. aku bukak la kedai bege dengan member aku ni... berniaga sehari untung ada la 20 hengget.. adoy... tapi seronok punya pasal... berniaga laa... sampai la parents aku nak hantar aku gi overseas.. haha dengar mcm best kan, overseas duduk atas pelantar minyak.... terima kasih orang tua ku kerana nak memisah kan aku dengan tg malim yang tercinta ni...  jadi aku bukak satu surat khabar ini, mencari peluang pekerjaan tapi mata aku stop kat satu ruangan iklan ni.. Institut XXX, menawarkan pengajian  diploma dan Sijil untuk pelajar lepasan SPM dan di tanggung penuh oleh kementerian belia dan sukan. apa lagi, packing beg terus chow.. habis lingkup gerai beger hahahaha. setahun aku duk kat ipoh. berkawan dengan budak budak baru habes SPM hehehe... di sebabkan wajah aku yang comel ni... ramai la kawan kat ipoh. tapi aku puji diri aku sendiri. kat ipoh aku tak rosak. kerja aku setahun kat sana duduk kat dorm, petik gitar, tido.. hujung minggu balik tg malim camping.. aku dah serik dengan pengalaman aku kat utara malaysia dulu..... jadi aku pun belajar la kat situ.. sebenarnya aku nama je pelajar. tapi aku yang mengajar budak budak kat sana..aku tak tau la dari mana dorang kutip tenaga pengajar untuk mengajar kat sini. hahaha setahun kat institut XXX aku memang heaven, sangat heaven... akhirnya aku ada la sijil juruteknik sistem komputer yang bertauliah. tapi mak aku die tak acknowledge SIJIL sijil ni.. so dalam sebulan aku nak abes belajar tu, aku pun ingat kena kembali kepangkal jalan, cari la mana mana tempat belajar, ada la satu universiti ni. aku tertarik sebab, U ni dekat dengan umah.. senang aku nak balik camping hahahaha.... maka aku pun apply la kat situ.



persembahan bersama best scout budies

  Macam mana aku Apply pun songsang dari sistem universiti tu sendiri. aku tak apply online. datang terus gi fakulti yang aku nak, cari bilik pensyarah yang berjawatan tinggi, ada la sorang Dr. ni, ketuk pintu masuk, bagi salam, buat mcm saudara lama tak jumpa. hahaha bagi sijil sijil aku, gunakan teknik teknik komunikasi yang ada di dada. beliau buat a few call, dan yess aku pun belajar la kat situ.. sampai la ke ari ni. hahahaha.




snap my best bro wedding



 masa kat U ni aku di dedahkan lagi dengan satu benda baru.. iaitu,,, kamera... huh modal die tinggi beb. tapi da minat punye pasal, sambar la sebijik.. tu pun da nak dekat 2k harga dia. memandangkan dalam diri aku ni tertanam nya moto buat sehabis baik, sehabis baik betul kamera ni aku guna...  dengan budak budak pengakap aku aku bagi dorang guna. memang la benda kamera ni mahal, tapi pada aku kamera ini adalah alat. dan alat ini ada keistimewaan die., dan aku bercadang untuk berkongsi keistimewaan die dengan sahabat sahabat ku. maka bermain la aku dengan kamera sampai la ke ari ni. tapi aku bukan fotografer. aku tak suka shoot model model ni.. aku suka shoot somthing yang natural dan ada moment. mcm wild life... binatang binatang dan aksi aksi spontan orang banyak la yang aku shoot.. hahaha beli kamera, terus takde duit.. jadi miskin terus satu semester. hahahaha

bersama krew B manjung



di pendekkan cerita, sekarang aku dalam pengakap dah naik pangkat jadi Penolong pesuruhjaya daerah. kerja aku menghiburkan sahabat sahabat aku. memberi inspirasi kepada belia belia yang masih lagi tak ada arah tuju dalam kehidupan. Apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini, ialah bukan nak suruh korang masuk pengakap, tapi nak bagi taw kat korang, kehidupan ini luas. explore la sehabis baik dengan cara masing masing. cara aku mcm ni, cara orang lain mcm ni, bila kita selalu tgk dunia luar, kita boleh kenal orang ni mcm mana, orang ni mcm mana. orang ni boleh bawak bekawan ataw tak. mcm mcm la..




Kem Pengembaraan Kelana








Adala dalam 10  ke 20 benda yang menarik dalam hidup aku ni tapi aku tak cerita. biar aku je yang tau cerita cerita ni. The point is, kalau anda memilih untuk hidup dengan boring dan sangat lame... maka boring dan lame la kehidupan anda, tapi kalau anda pilih untuk explore new things.. yes anda akan merasai setiap nafas yang anda hembus tu penuh bermakna. Iingat, apa benda yang kita buat dalam hidup kita ni, bukan pasal BOLEH atau TAK BOLeh, tapi atas dasar NAk atau tak NAK. kalau nak, sume jadi,,, oooooooo

krew Kelana B Batang Padang
aku stop kat sini dulu. len kali ada masa kita sambung lagi. kalau minat nak masuk pengakap, layarilah blog http://beastrovers.multiply.com

okeyyy Salam Kabare, Sayonara Jumpa Lageyyyyyyy.



4 comments:

  1. keep it up...
    im proud of u my frend....

    ReplyDelete
  2. dari apa yg abg cita nikan .abg mmg agak gila orgnya. saya dari pengakap 05th klang .. salam pengakap..

    ReplyDelete
  3. salam nak.tanya sy nak masuk pengakap kelana tapi taktahu cara nya. anyone ?

    ReplyDelete

hipotesis