Krew krew se Google

Pilih Entry anda

sekarang ada berapa orang sedang on9?

Anda tetamu ke

Saturday, August 21, 2010

Saya Budak Baru belajar, BUah cempedak di luar pagar

kareoke semasa program bersama warga emas


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah, tolong tunjukkan.

jamboree satu belia sati malaysia
kepada pembaca sekalian, hari ini aku terpanggil untuk menulis, ehh menaip tentang sesuatu perkara yang sering kali kita sebagai orang muda yang selalu lakukan. iaitu ego. ego yang tinggi menyatakan diri mereka hebat, penuh dengan keyakinan, tetapi kita terlupa, kalau kita hebat, ada beratus orang lagi juta kali hebat dari kita, tak gitu cik beedah?? ahahaha.


dalam konteks aku berpengakap, aku rasa diri aku ini masih lagi perlu banyak belajar, tidak terlawan ilmu aku jikalau di bandingkan dengan otai otai diluar sana. aku masih lagi mentah dalam dunia pengakap ini, masih terlalu baru jika hendak di bandingkan dengan otai otai. Pengalaman 12 tahun aku berpengakap, masih tidak melayakkan aku untuk petah berpidato jika ada sebarang kemyuskilan terjadi. tapi mulut aku yang lancang ini, kadang kadang makan diri (padan muka kaw).
lompatan mesra

pernah dengar pepatah resmi padi makin berisi makin tunduk??? itulah yang sewajarnya kita perlu jadi. semakin banyak ilmu yang kita perolehi, semakin bodoh dirasakan diri ini, kerana ilmu kehidupan ini terlalu luas untuk di cover semuanya. jangan la jadi tong kosong, bunyi saja kuat isi dalam, habuk pun takde.
camping tahun 2006

aku rasa nak sembang pasal benda ni, sebab aku tgk, kawan kawan kita yang baru nak up ni, sembang die cukup doga.. bangga dengan jawatan dan pangkat yang ada. dorang tak taw ke, jawatan dan pangkat tu sume adalah beban yang harus kita pikul dengan megah??. bukan senang nak jadi pemimpin ni. banyak aspek yang kita kena jaga. pada aku, dalam pengakap ni, lagi tinggi pangkat kita, lagi macai la jadinya kita ni.
penjual roti kah???
pada aku kemahiran adalah segala-galanya. kalau kita duk syok kedudukan kita, tapi kemahiran rendah, aduh, mcm mana nak kabo tuu. susah beb. kita kena ingat, pengakap ni bukan kita punya. pengakap ni hak milik bersama. sampai bila kita nak pegang satu satu jawatan tu.. sampai satu masa kite kena letak jawatan dan wariskan kepada generasi muda (bajet diri dah tua sangat ahahahaha). Kalau ilmu yang kita ada nim kita simpan sorang sorang, aku rasa berkubur la krew itu satu hari nanti.

pada aku, aku berpengakap ni kerana aku nak berseronok sambil menjalani kehidupan aku dengan penuh ceria. aku nak berseronok dengan kawan-kawan sambil melakukan perkara-perkara berfaedah. aku nak berseronok dengan kawan-kawan menolong orang. aku nak berseronok melakukan kebaikan demi manfaat diri sendiri dan masyarakat. jangan jadi perendah semangat dan moral.


pengakap bukanlah satu kerahan tenaga seperti askar. ia adalah satu pertubuhan sukarelawan di mana ia mengajak para manusia ini untuk hidup dengan lebih bermakna, ada variasi dan membantu orang. jadi apabila wujud paksaan dan deraan dalam pengakap, aku rasa budak budak baru tidak akan join lagi. 
barisan Pemimpin anugerah rambu PKK 2010

pada aku, tak kisah la apa yang kita buat, tak kira dalam pengakap ataupun dalam kehidupan, yang penting cara pelaksanaan itu hendaklah kena dengan keadaan sekeliling. kita kena berubah mengikut peredaran zaman. apa yang belia kita mahu pada hari ini, kita cuba beri dgn cara yang betuk, unik dan menarik.
kena ada give and take.



apa-apa pun, aku ni budak baru belajar, kalau salah tolong ajarkan,  aku harap kita bersama sama melayari kehidupan kepengakapan kita dengan penuh kenangan dan pengertian.





2 comments:

  1. nma bedah naek nie...pe kes???pape pn aku ska ar tajuk ko kali nie...

    BUNGA TERHIAS SUNGGUH MEKAR,
    TERHIAS INDAH DALAM TAMAN,
    KITA BUDAK SESAMA BELAJAR,
    ANDAI TERSALAH SALING BETULKAN.

    ReplyDelete
  2. ondah khabar dari rupa,
    itulah dia indah water
    kita kerja sama sama
    kita gembira sama sama

    ReplyDelete

hipotesis