Krew krew se Google

Pilih Entry anda

sekarang ada berapa orang sedang on9?

Anda tetamu ke

Friday, September 17, 2010

puasa dan syawal sum up 2010

err... aku tak taw nak tuleh/taip ape ni.. hehehe, ini merupaka cerita tentang hari hari terakhir ramdhan aku dan perjalanan syawal di kg nenek di kuala terenganu (depan laut ooo)
kazen yg paling kecoh (sama mcm aku kecik2 dulu)



dapat duit raya dari Majlis Belia Daerah

cerita setat masa nak dekat dekat raya ok??, kalau tak ok pun korang buleh buat ape kan ahahahaha,
dekat deakt nak raya tu, aku tak ikut family pulang ke kg, coz ada kelas, tapi sehari sebelum raya, aku tak buleh tahan oo duk sorang kat rumah, lantas aku mengambil tindakan berani setat keta bapak aku, turun nilai, coz makcik aku gerak pulang ke kg pagi esoknye,... lepak kejap kat ameerali, Bangi dengan pian, lepas tu shoot terus nilai. sekali makcik aku dah pindah umah dahh.... umah lama die dah besar, rumah baru die ni lagi besar daaa, ape dorang nak buat rumah besar2 pun aku tak taw, lantak lah, duit die hehehe.
orang ramai mengelilingi AJK MPKT yg lepak dekat generator


 di pendekan cerita, raya lah... hehehe, tapi malam raya tu aku shopping kat taman shah bandar, terengganu, dorang buat mcm uptown gitu. malam tu orang penuh, aku datang dalam kul 1.30 pg,  pun penuh dengan manusia, aku mule mule ingat nak cari setokin, alih alih beli pouch beg dgn spek mata itam ahahhaa. Dorang ni (peniaga) buleh berniaga sampai kul 2.00am je, lepas tu kedai tutup, letrik dorang sume sambung kat satu generator besar yang di kontrol oleh MPKT (majlis perbandaran Kuala terrengganu). tetapi dah pukul 2 lebih pengunjung ramai lagi, bertambah ramai, peniaga ni pun berniagalah lagi, ye la nak raya kan, dapat rezeki lebih malam tu. tibe tibe poop, satu uptown gelap (aku panggil uptown takpe kan, mcm lebih kurang je). dengan orang ramai lagi dorang leh tutup generator.... apa lagi mengamuk la si peniaga ni, aku pun ape lagi "wat tubek kamera pah tu shook laa ahahah" snap sana snap sini. pakai jaket itam, muke buat buat gengster, pegang kamera, siapa berani tegur.
masa ni kecoh ni
kecoh punya kecoh, last last generator idup balek, aku rasa geng2 peniaga yang idupkan sendiri, polis mcm tak leh buat ape. ada sorang peniaga tu (yang mengamuk padu tula) ayat die lebih kurang mcm ni, lebih kurang taw, bukan exactly the same. "saya datang dari melaka ni, nak cari rezeki halal, buleh pulak buat mcm ni, negara dah maju, islam, tapi duk kena perintah, patuh tak tentu pasal, tindas peniaga mcm saya, saya datang dari melaka ni. ALLAH huakbar!!! (sambil di sambut oleh peniaga dan mat mat rempit di sana). kesian, aku lepas kejadian tu perut terus lapar. makan lepas tu balek tido.



aku di pagi raya, sebelah tu? My Mom la
Raya pertama lepas solat raya,  terus gi rumah sape ntah sebelah masjid ni, family ni selalu buat makan makan untuk orang solat raya, (pakcik aku cakap zakat), tibai sate. ahaha. balik ghumah umah dah penuh, amek gambar. tapi sebelum tu, acara tahunan, salam bermaaf maafan. duk umah je la tak gi mana mana pun. aku bukannye kenal sape sape kat ganu tu, balik pun time raya je.



shot dari tingkap umah atuk aku
 Raya ke berapa, ntah satu family kuar gi umah ayah long aku makan laksa, (peberet aku tuuuu), sekali kena jaga umah daaa..... gile rr kempunan, ape lagi wat tubek kamera shoot, lepas tu ada budak scout zaman sekolah datang die kg kat ganu gak upenye, nek moto besar, lepak la aku dgn die sampai la sume dah balik.



member aku budak scout naek moto besar
malam tu jugak aku balik tg malim rasanya, naik bas dengan adik aku. kat sini pun ada cerita gak tawwww....

masa dah sampai area sg buloh rasanya, bas aku ni (wah bas aku, bas yg aku naik ni laa gile) nak memotong, bagi signal ape sume cukup, lepas tu dari belakang ada satu kereta sibuk nak potong gak, habis la bergeser dgn keta tu, pakcik drebar tu berhentilah bas nak settle benda tu, die bukak je pintu bas, melompat satu mamat ni belasah pakcik drebar bas tu, ape punye kurang ajar la...
tapi aku rasa budak tu kena balik kut, pasal kawan2 budak tu leraikan keadaan, aku tgk dari tepi, lepas tu sambung tido, tak berminat aku dgn budak bodoh tak reti nak hormat orang tua ni. atas kekurang ajaran budak itu, pakcik drebar naik bas teruskan perjalanan... bagos pakcik, jgn dilayan budak otak lembu tak reti hormat orang ni. ape jadi lepas tu aku pun tak taw. yg aku taw aku sampai tg malim, dalam kul 5.00 pagi. ayie amek antar umah, sambung tido..
Shoot dari dalam bas kat kerteh (tempat bakar bakar minyak to)

wah... itu la die, cerita raya di kg, lepas ni aku nak stoly pasal konvoi raya tahun ni. aku rasa ni konvoi teramai yg pernah kami buat, tapi setakat tu dulu ye bye bye hehehe, eh selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.




No comments:

Post a Comment

hipotesis