Dalam
melayari perjalanan arus kehidupan, keputusan mesti di lakukan untuk terus
bertapak maju. kadangkala ianya tidak indah dan perit, kadang kala ianya
semudah mengelip mata. untuk hidup dengan berjaya, manusia mesti berani
berubah, keluar dari zon selesa dan menjelajah jauh mencari kejayaan dan
kedamaian hidup.
Sengsara di
permulaan supaya selesa di pengakhiran namun, manusia sering kali mencari salah
orang lain untuk melepaskan diri. Bila mana kesalahan yang ulung itu hasil
daripada kesilapan diri, maka seboleh bolehnya meletakkan kesalahan itu untuk
melepaskan diri. kadang kala, manusia meminta untuk di simpati, walhal peluang
sudah di beri.
Manusia selalu lupa akan perkara perkara
yang mereka sayang dan perlukan sehinggalah mereka kehilangannya. Tatkala sifat
sering lupa bersyukur menjadikan manusia buta hati. Buta hati akan menzahirkan
kelakuan yang menjengkelkan. tanpa disedari mereka mula bersendiri akibat di
tinggalkan teman teman yang mengorak langkah jauh meninggalkan mereka yang
tetap berada di takuk lama.
Berbangga dengan kemegahan yang tidak
memberi apa-apa kebaikan dalam kehidupan selain kenangan manis. Kenangan yang
manis terus di kenangkan seiring dengan lanjutan umur. semakin hari manusia
lain semakin maju semakin cemerlang, tatkala manusia ini terus kekal di dalam
zon selesa sendiri merenung kembali kenangan dan kegemilangan yang tidak boleh
memberi apa-apa kesenangan di kemudian hari.
Sering kali manusia akan taksub akan
perkara yang mampu di lakukan dengan mudah dan mendapat sokongan daripada
masyarakat sekeliling yang turut sama berkongsi ketaksuban tersebut. di
penghujungnya mereka mereka ini akan hilang dan lesap seperti abu di tiup
angin.
Ego merupakan satu lagi permasalahan yang
wujud. Sigmund Freud (6 May 1856 – 23 September 1939) menerangkan dalam teori
personaliti beliau, Struktur personaliti manusia ada 3 dan beliau percaya
manusia di lahirkan dengan sifat “id” (keperluan primitif manusia seperti lapar
dan marah), ego dan super ego.
Id ialah kelakuan tidak matang manusia. Sifat
ini ialah sifat di mana manusia akan melakukan apa sahaja tanpa mengira kesan
untuk mencapai kepuasan diri. Seperti contoh bayi akan menangis jika kelaparan.
Ego muncul seiring dengan perkembangan umur
manusia, manusia yang belum mumayiz tidak boleh membezakan baik dan buruk. Di sini
Freud menyatakan ego ialah kemampuan manusia untuk kepuasan diri, tetapi beliau
mengambil kira akan kesan terhadap sekeliling, Andai kata manusia ini lapar,
beliau akan terus mencuri roti, ego akan membuatkannya mendapatkan roti itu walau apa jua caranya, kesan daripada ini, ego boleh mengguris
perasaan orang sekeliling.
Super ego muncul setelah umur manusia semakin meninggkat, super ego boleh
di katakan seperti nilai moral yang di serapkan di dalam pemikiran manusia.
Andai kata manusia ini lapar, beliau tidak terus mencuri roti tersebut, super
ego akan menerapkan nilai murni, beliau akan memikirkan bagaimana untuk mencari
duit untuk membeli roti.
Penerangan ringkas di atas menunjukkan
bagaimana manusia berfikir seiring dengan peningkatan umur. Kekesalan dapat
dirasakan apabila segelintir manusia masih lagi kekal dengan ego yang tinggi
tatkala tidak nampak di mana bumi di pijak.
Kekal di zon selesa, ego dan tidak maju
kedepan antara punca punca ramai manusia pendek akal dan melakukan perkara yang
menyerlahkan tahap kependekan akalnya, pendek kata tidak sedar diri.
Keluar dari zon selesa dan jadikan
kehendak diri sebagai satu “desire” untuk terus maju.
-Akan datang saya akan bercerita tentang
sifulan yang hanya mempunyai Kehendak yang serta misi dan visi yang tinggi bernama
Edwin C. Barnes dengan misinya untuk menjadi rakan sekerja manusia yang berjaya
di era beliau iaituThomas A. Edison.-
-bebelan kucaksmmx-
Byk berkias ni kucak :D
ReplyDeletehehe... sebab tu aku jarang menulis... ini la jadinye....
Deletekonon heavy stuff... hahaha... aku nak buat entry2 matang la pulak sekarang