Krew krew se Google

Pilih Entry anda

sekarang ada berapa orang sedang on9?

Anda tetamu ke

Showing posts with label Rakawan Kariban. Show all posts
Showing posts with label Rakawan Kariban. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Videos from The Family Krew : Rakawan Kariban: Aisyah's E-Day Official Video [HQ]

official video majlis pertunangan ecah, one of my best friends...
rasa macam nak nangis. dengan teknologi yang ada, macam macam kite leh buat untuk merakam memory.

kepada mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan videography leh la hubungi saya di kucaks@gmail.com


p/s: agak agak leh bid tak CST production? hehehehe

Monday, May 09, 2011

Videography, Ecah engagement sneek peeks

hi, kali ni aku and the geng nak terai menceburi bidang videography. mangsa percubaan kami ialah, majlis pertunangan rakan karib kami ecah. video ini di shoot dengan menggunakan dua biji nikon d90 lain lain angel. meoh kite terai tgk sneek peeks dulu ye.




P/S : A thousand mile journey begin with a first step. this is our first step.


Friday, April 08, 2011

journey to redang part 1 : kerteh

7-4-2011
9.00 mlm


bertolak bersama rakawan kariban ke terrengganu untuk satu assignment di pulau redang. sepanjang perjalanan kami berhibur dengan bunyi kentut dan nyanyian lagu. we all gerak 2 bijik keta...

seperjalanan yang amat mengantukkan setelah 5 jam we all stop jap rehat kat mcd... makan lepak dan snap snap.. lepas tu sambung bergerak...

sampai di kerteh, suasana merah menyala... apa lagi, kami pun stop, snap 2 3 puluh keping gambo... hahaha, dah mcm model dah budak2 neh... aku mcm biasa, bile dah ada kamera dalam tangan, mcm mcm aku buat... snap sana snap sini.

kat bawah neh ada sikit gambar-gambaran, unedited,,, terus upload fresh dari kamera. aku uploadpun gune netbook member... takde lightroom nak edit.

DSC_8153

DSC_8192

DSC_8147

DSC_8210

DSC_8215

DSC_8247

DSC_8248

DSC_8250

DSC_8251

DSC_8253

DSC_8258


aku pun nak bergambar jugak...


DSC_8263

CSC_8291


Thursday, February 17, 2011

kek hari jadi ke, ramuan kek hari jadi???

setiap tibanye hari jadi kawan kawan kita, kita pasti akan sambut, aku cadangkan korang buat la poster sebgai menyambut hari jadi kawan kawan neh, hari jadi di zaman remaja tak lengkap kalau tak ada kek, jadi
hari ini pakcik nak ajar cecara membuat kek hari jadi.
bahan-bahannye



  1. Tepung gandum
  2. telur ayam
  3. Budu
  4. cable tie
  5. seletip (pita pelekat laa)
  6.  air bersih
  7. kain dan surat khabar
  8. gunting
  9. first aid
  10. kamera 
  11. pelakon2
cara cara untuk membuat




  • letakkan seorang pelakon utama berdekatan si mangsa, pastikan pelakon utama sentiasa berhubung dgn staff2 di sebalik tabir
  • campurkan budu kedalam botol air  bersih agar tidak keruan. (budu juga boleh di ganti dgn ape ape jua bahan yang tidak bertoksik dan radioaktif)
  • pastikan staff di sebalik tabir menunggu dengan senyap dan sunyi.
  • apabila si mangsa sudah masuk perangkap semua terjun ke atas mangsa dan mengikat tangan dan kaki mereka dengan cable tie atau seletip

  • seletip mulut mangsa agar mangsa tidak sempat meminta tolong
  • buangkan barang barang seperti enpon, ipad, seluar (jika perlu)
  • pecahkan telur di kepala mangsa terdahulu, di ikuti dgn bahagian belakang. (jangan pecahkan telur di dalam baju)
  • taburkan tepung di atas kepala mangsa sambil menyanyikan lagu hari jadi
  • jika mangsa cuba melawan, dan mengugut , siramkan air budu supaya mangsa pasrah dan akur dengan situasi.
  • setelah semua bahan sudah selesai, pastikan semua staff bersedia untuk berlari.
  • gunting segala ikatan pada bahan mangsa dan permainan kejar mengejar bermula
  • sediakan first aid berdekatan mangsa supaya mudah di gunakan mangsa jika terjadi sebarang masalah
  • dilarang sama sekali menyentuh kameraman.
  • setelah selesai bersihkan badan dgn kain
  • lapik kenderaan dgn surat khabar

  • pergi ke sungai, laut, untuk bersihkan diri.
  • sesi memberi hadiah (jika perlu) di sungai, laut
seperti biasa, mangsa tidak akan sedar akan kejadian ini, kerana selalunya perkara ini akan terjadi dalam tempoh seminggu, malah ada jugak yang akan kena dalam tempoh 2 bulan lebih awal.



P/S : Pastikan tiada seorang pun yang selamat.


Tuesday, February 15, 2011

last hang out with tahrir

 teringat kat member aku tahrir.... jadi aku post la benda ni, saat2 terakhir bersama rakawan kariban. duk sembang2 di red box sambil main PS3..... tahrir telah manjadi rakawan kariban semenjak alam persekolahan lagi. perginye tahrir ke syria untuk selama-lamanya (mintak2 le.
 tak.) 

lambaiaan terakhir

mcm aku je yg nak berangkat

ape? tak puas hati???

errrr

rakawan kariban

oyeahh

tahi cicak

kegilaan








P/S: lepas ni sape pulak yg nak gi luar negara????????

Sunday, January 02, 2011

bila fotografer jadi model

malam 1.1.11, kami lepak 4 orang (geng fotografi daerah batang padang), masing masing bawak gear, sembang2 pasal kamera, gambar, dan berkongsi idea mcm mana nak dapat gambar yang cantik. akhirnya kami pergi ke stesen kereta api untuk mengambil gambar setelah ketiadaan aktiviti yang nak di buat di malam hari ketika itu. tat kala tiada model yang hendak di senap, aku menawarkan diri dgn bersungguh2 untuk menjadi model. akhirnya, kami ber 4 gilir2 menjadi model ini, hehehee,

ini merupakan official report yang telah di siapkan oleh kawan kami, encik ADUKA.

Report TT Tahun baru (1 januari 2011):
-----------------
TT bermula dengan menunggu semua ahli2 yang nak hadir di Rest House Slim River. Selapas hampir 45 minit menunggu hanya ahli2 dari Tanjong Malim sahaja yang hadir maka kami mengubah lokasi ke salah sebuah kedai makan di Tanjong Malim.

Semasa TT kami membincangkan beberapa aktiviti yang kemungkinan akan dijalankan sepanjang 2011 untuk GFBP. serta membincangkan beberapa skill photographer dengan berpandukan gambar serta nota yang telah di sediakan oleh Aduka... antara perkara yang dibincangkan adalah
1. komposisi (RO3, Golden Mean, Golden Spiral dan lain)
2. Setting kamera
3. Press Photographer by Kucaks
4. Picture Preview by Salam hamdi & Aduka
5. perbincangan aktiviti 2011
6. lain-lain yang tak ingat huhu

Selepas TT kami merancangkan untuk membuat aktivti shooting flash wireless trigger bertempat di jejantas KTM Tanjong Malim.

Sesi TT dan Shooting tamat pada jam 12.30 malam.

Antara yang hadir
------------------------
Aduka Kias Utama (A.K.U PHOTOGRAPHER)
Salam hamdi (SalamhamdiStudio)
Kucaks (Kucaks MMX)
Khairil Khairudin (KnK)






sedutan video

ini merupakan gambar dari ke 4 4 kamera. ada yang di edit, dan ada yang tidak.














p/S : aku terus nak jadi model, tak nak amek gambar dah hahahahaha



Sunday, December 26, 2010

Golden age

di kesempatan aku dan kawan kawan bersiar siar di tasik proton,  mata aku terpaut dengan warna ke emasan matahari terbenam, aku berasa amat bertuah kerana membawa sekali kamera aku, lalu aku snap 4 5 keping,. yang pasti, ke indahan alam ciptaan tuhan ini memang tiada tolok bandingannya. rasa bersyukur kerana di lahirkan di bumi yang aman, tiada peperangan. masih boleh bernafas di bumi Allah yang indah ini.

kedua dua imej ini di snap
gune Nikon D3000 + 55-200 4-5.6 vr

f4
1/4000 sec
iso-400
focal length 55mm

F11
1/250 sec
iso-400
focal length 55mm
P/S : ke dua dua gambar ini dah retouch gune Lightroom

jamming session

ini merupakan kali kedua we all jamm kat studio baru neh, studio FASOLA yg terletak kat atas seven E tg. malim. walaupun rating dia agak mahal, rm25 sejam (weekdays) rm30 sejam (weekend) tetapi aku berpuas hati dengan kualiti barang mereka. drum set terbaik, tapi hanya ada single bass paddle. ada dua gitar, satu ada distortion gadjet, satu lagi ada gadjet ape ntah hahaha, bass yg menawan. keadaan bilik die seperti VIP. memang puas hati.

so we all berkumpul la kat tempat jamm neh, dah takde benda nak buat, petik2 gitar, ketuk2 drum, janji ada bunyeh, lagi pun bukannye reti kami main alat muzik neh, suara nak nyanyi pun mcm haram. hahaha, tapi ikut kan memang puas hati la duk kat studio neh, walaupun sejam je. sesiape yg berminat buleh la mencuba2 studio neh.






marah marah



guitarist yg hebat


encik drummer yg cooll


penjahanam lagu

Perosak muzik


P/S, : tanyalah encik syazwan yang menyenap gambar ini, betapa gundah gulananya beliau ketika bersama kami :D

Friday, December 24, 2010

Celebration

secara terus terang, aku tidak pernah menyambut hari jadi sepanjang aku hidup neh, tapi untuk hari jadi aku yg ke 23 neh, akhirnye aku terperangkap juga, setelah sekian lama terlepas dari cengkaman syaitan2 durjana, akhirnya aku rebah ketika diperdayakan mereka untuk belajar mengambil gambar di waktu malam.

dalam hati terasa terharu pun ada kerana hari jadi di sambut buat kali pertama, tetapi perasaan tu lebih kepada sayu dan sedih apabile di perlakukan seperti seekor lembu yang hendak di korbankan.

mulut di tampal dengan seletep, tangan  dan kaki di ikat dengan CABLE-TIE!!!!!! (bahasa kami cabletite). lantas di salatep tangan dan kaki juga, lalu di sapunye tepung di atas badan ku, setelah diri ku lemah tak bermaya dek di cekik dan di himpap makhluk2 yang tidak berhati perut ini, aku menyerah, menyerah seperti nyawa di hujung tanduk.

tapi kata orang dulu, ada ubi ada batas, ada hari boleh balas, tak sampai berhari hari pun, time tu jugak kepala anasir yang paling jahat, perancang yang paling utama, dielah yang menepung telur kami sepanjang tahun ini, akhirnya die kena juga balasan. ironinye dengan rankin paling bongsu antara kami, die memang paling nakal. lopeh ni tobat la angkat sumpah matang tak mau main tepung telur lagi dah..... grrrrr


ini ialah penjahat!!!!!!!!!











p/s : yang baju kuning tuu, jangan ingat anda selamat!!!, aa tunggulaa hahahahahahahahha