korobori merupakan satu acara di mana semua pengakap kanak-kanak berhimpun bersama dalam satu sesi perkhemahan.
kebetulan (dan dan kebetulan)
korobori nasional tahun ini tuan rumahnye adalah Melaka, jadi pergi la aku ke melaka.
dan aku rasa tak poyo kalau aku mengatakan perak merupakan kontijen paling cool pada mata aku. kerana.
- kontijen ke 2 teramai
- Tapak kem kami paling kecil tapi paling cerah dan meriah
- satu satunya kontijen yang buat open house
- satu satunya kontijen yang pasang wayang cerite hantu kak limah balik rumah
- satu satunya kontijen yang pemimpinnya request dan buat show kat atas pentas utama masa malam korobori 1
- satu-satunya kontijen yang mengikuti semua lawatan rasmi dan tambahan
- satu-satunya kontijen yang ada T-shirt sendiri
- satu satunya kontijen yang membuat persembahan 3 malam berturut-turut
- nama perak di sebut sebut oleh melaka semasa malam korobori
- meeting ad hoc di mana mana. segala kesulitan settle dalam tempoh tak sampai 10 minit
- satu satunya kontijen yang ada buat sesi kareoke bersama budak2 di tapak kem
- satu kontijen menari di atas pentas apabila semasa lawatan kebudayaan. habis hilang penari2 asal (ketika lawatan ke rumah2 asia)
tambahan : test pen sangat sensitif semasa korobori ini.
masa kem ini juge yang berlangsung selama 4 hari, aku juge berasa amat bahagia kerana gambar aku ada banyak. pertemuan aku dengan cik Lina telah memupuk bibit bibit fotografi dalam diri beliau. jangan sembang pasal detail dan framing kerana sepanjang hidup beliau, 4 hari itu merupakan kali pertama beliau memegang dslr dalam hidup beliau. aku berasa sungguh bahagia melihat telatah beliau. mcm kanak kanak dapat mainan. Malah dslr aku juga berasa amat bahagia apabila di gosok2, di lap dan di jaga rapi oleh beliau. kalau la kamera aku leh cakap, mesti die taknak dengan aku dah... die nak dgn cik lina je hahahaha. ini ada sikit gambar dari beliau dan di edit oleh aku (nak juge nama)... gambar2 lain akan muncul dari masa ke semasa.
gambar yang bawah neh, saje je nak merasa macam mane bersanding.... bhahahaha
awat doduk kepit tuh cak oi??
ReplyDeletehahaha, aku ni kan pemalu orangnyee
ReplyDeleteoh..pehlease lah cak....aduh~
ReplyDeletehahaha bukannye hari hari leh buat mcm neh
ReplyDeletesuke gambar ko kali ni walaupun bukan ko yang ambik..rasa jatuh cinta pada org yg shoot gambar ko kali ni...hehehe..boleh bagi no phone dia tak abg bean nak bekenalan
ReplyDelete